Showing posts with label Set by Set. Show all posts
Showing posts with label Set by Set. Show all posts

Monday, 19 May 2014

Apa beza CINCH & ESP Shaklee ???

Beza Cinch dan Esp.

Apa Itu Leucine ?
Leucine ini adalah salah satu sumber protein, yang bagus untuk memelihara otot. Cara bekerja leucine ni ialah, dia akan mengekalkan kekuatan otot kita, selepas kita berlapar, diet, ataupun lepas kita senaman membasuh kereta ataupun mengejar biawak. Mengikut kajian yang dibuat, para atlet biasanya akan mengalami lemah otot, dan ini menyebabkan jisim otot berkurang. Dengan adanya leucine ini, jisim otot cuba dikekalkan, dan ini membantu otot meningkatkan metabolisme, dan seterusnya membakar lemak  yang ada. Jadi,
pentingnya Cinrch Shake ini ialah kandungan Leucine protein yang bagus untuk orang yang berdiet.

Beza Cinch dengan ESP
Produk protein yang popular selain Cinch ialah Energizing Soy Protein (ESP), yang memang sesuai dijadikan sumber protein, yang banyak khasiat dan kelebihannya. Antara beza yang ketara ialah kandungan multivitamin yang lebih banyak terdapat di dalam Cinch berbanding ESP. Mengikut pakar Shaklee, Cinch memang direka khas untuk kuruskan badan. Walaubagaimanapun, ESP juga berkesan untuk kuruskan badan. Di dalam Cinch, kandungan Leucine dirahsiakan, sebagai satu paten khas
Shaklee, supaya formula kandungan Leucine tidak dapat ditiru oleh syarikat lain.

3 Perisa Terbaik
Cinch Shake Shaklee di Malaysia boleh didapati dalam 3 perisa, vanila, coklat dan cafe latte. Biasanya anda boleh beli mengikut citarasa anda. Kalau nak menarik lagi, boleh je  gabungkan perisa tersebut, tapi perlulah mengikut kesesuaian dan sukatan diet yang bagus. Untuk makluman, ESP adalah berperisa Vanilla yang memang sedap.
Ibu menyusu ..CINCH atau ESP ?

Ibu menyusu digalakkan mengambil ESP berbanding Cinch kerana kandungan kalori Cinch Shake yang terlalu rendah dikhuatiri akan mengganggu tumbesaran bayi. Jadi, untuk anda ibu-ibu yang menyusukan anak..ESP atau Energizing Soy Protien adalah pilihan terbaik. Selain daripada membantu ibu dalam usaha menguruskan badan, ESP juga membantu memperbanyakkan susu ibu dan membantu ibu memekatkan hasil susu perahan.

ZINC COMPLEX SHAKLEE sangat MESRA untuk IBU DALAM PANTANG !!!

ZINC COMPLEX SHAKLEE..

*Sangat penting bagi membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman. 
*Makanan yang kaya dengan zink ialah ikan haruan. Namun adalah agak sukar untuk mendapat dan memasak ikan haruan setiap hari, ditambah pula dengan harganya yang agak mahal.
*Pengambilan vitamin zink ini adalah tepat untuk ibu berpantang kerana zink dapat membantu mengatasi masalah kedinginan selepas bersalin dan pengambilan zink oleh ibu menyusu akan menjamin bayi membesar dengan optimum. 
*Selain itu rambut ibu tidak mudah gugur dan luka bersalin akan cepat baik.

Wednesday, 7 May 2014

BOSAN..Dah lama kahwin tapi masih berdua !!!

Set Kesuburan Shaklee

Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:*

  *  Tiub fallopian tersumbat
  *  Endometriosis
  *  Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
  *  Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
  *  Masalah hormon
  *  Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
  *  Menopous sebelum waktunya
  *  Masalah tiroid
  *  Fibroid*

Penyebab biologi di kalangan lelaki pula :

  * Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
  *  Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
  *  Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
  *  Menghidap hernia
  *  Gangguan hormon
  *  Salur sperma tersumbat
  * Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb

Penyebab2 dari faktor luaran (lelaki dan wanita)*

  * Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
  * Stress dan tekanan
  * Pemakanan yang tidak sihat
  * Kekurangan zat
  * Amalan merokok atau meminum alkohol
  * Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
  * Terdedah kepada pencemaran
  * Terlalu kurus atau terlalu gemuk

Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

"*Bersenam*"
Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

"*Mengelakkan pencemaran*"
Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok

*Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan*

Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut :

Vita-Lea* - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.

Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

B Complex *– Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

Vita C* - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vita E & Selenium* - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

Omega Guard* – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.
*Zinc *- meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.

Alfalfa - membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.

GLA -  membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5 (^__^)

SET KESUBURAN CADANGAN UNTUK PERMULAAN:

Untuk Suami : CoqHealth, Vita-E dan Zinc

Untuk Isteri : ESP, GLA dan B  Complex,

Jom dapatkan HARGA PROMOSI Shaklee bersama saya :

■ Yusmerryza Binti Mohd Nazri
■ Whatsapp/SMS : 0125053682
■ Pengedar sah & Perunding Vitamin Shaklee ID No. 969995.

Tuesday, 6 May 2014

Set Bajet Shaklee Awesome !!!

Jom dapatkan SET BAJET :-

*Milk Booster
*Basic Wellness
*Slimming Set
*Beauty Set
*Kesihatan Wanita
*Kesuburan Lelaki
*Tulang, Usus & Anti Stress
*Berpantang
*Energy Booster
*Mom & Kids Set

Jom dapatkan HARGA PROMOSI Shaklee bersama saya :

■ Jom singgah kedai blog saya : http://healthybeautyonlineshops.blogspot.com
■ Yusmerryza Binti Mohd Nazri
■ Whatsapp/SMS : 0125053682
■ Pengedar sah & Perunding Vitamin Shaklee ID No. 969995.

Set Penjagaan Rambut Shaklee

Set penjagaan rambut Shaklee dikenali sebagai ProSante, adalah bebas kimia dan selamat untuk digunakan.

(1) Long Lasting Finishing Spray
   “Medium hold” memastikan gaya rambut tidak berubah
   Memberikan perlindungan UV
   Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut

(2) Revitalizing Shampoo
   Melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
   Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
   Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya

(3) Purifying Shampoo
   Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
   Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
   Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur

(4) Replenishing Conditioner
   Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
   Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
   Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi

(5) Lightweight Conditioner
   Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
   Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat
   Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus

(6) Nourishing Scalp Treatment
   Menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
   Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
   Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
   Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya.
   Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak.
Perbezaan Shaklee
ProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.

Yang mana satu anda perlukan?
Keperluan adalah mengikut jenis dan masalah rambut anda seperti berikut:

Bagi mereka yang mengalami masalah keguguran rambut anda boleh gunakan set berikut:
   Revitalizing Shampoo
   Lightweight Conditioner
   Nourishing Scalp Treatment
Set ini boleh digunakan secara harian.

Bagi mereka yang mengalami masalah rambut berkelemumur, rambut bercabang, rambut rosak dan berminyak, anda boleh gunakan set berikut:
   Purifying Shampoo
   Replenishing Conditioner
   Nourishing Scalp Treatment

Set ini untuk kegunaan 1-2 kali seminggu, bukan harian.

Jom Suburkan Rambut Anda!
Kulit kepala yang sihat adalah asas kepada rambut yang sihat. Itulah sebabnya kenapa setiap produk ProSanté mengandungi Scalp Health Complex, iaitu gabungan 10 vitamin, mineral dan herba bagi menyediakan persekitaran optimum untuk rambut yang sihat, lebat dan menawan.
Shaklee memilih bahan-bahan seperti:
Ekstrak swertia dan halia untuk merangsang peredaran darah dan membekalkan tenaga untuk folikel rambut; Mineral kulit yang penting seperti kuprum, zink, mangan serta vitamin A dan E untuk membantu metabolisme kulit kepala yang sihat; dan Minyak daun pokok teh serta esktrak teh hijau untuk menentang kerosakan akibat radikal bebas dan faktor-faktor persekitaran lain.
Dan anda juga tidak akan menemui sebarang bahan kimia kuat yang boleh merosakkan rambut dan juga kulit kepala anda dalam rangkaian penjagaan produk ProSanté.

Jom dapatkan SET BAJET :-

*Milk Booster
*Basic Wellness
*Slimming Set
*Beauty Set
*Kesihatan Wanita
*Kesuburan Lelaki
*Tulang, Usus & Anti Stress
*Berpantang
*Energy Booster
*Mom & Kids Set

Jom dapatkan HARGA PROMOSI Shaklee bersama saya :

■ Jom singgah kedai blog saya : http://healthybeautyonlineshops.blogspot.com
■ Yusmerryza Binti Mohd Nazri
■ Whatsapp/SMS : 0125053682
■ Pengedar sah & Perunding Vitamin Shaklee ID No. 969995.

Monday, 10 March 2014

10 MITOS DAN FAKTA INFERTILITI - KEMANDULAN

SET KESUBURAN: 10 MITOS DAN FAKTA INFERTILITI (KEMANDULAN)


Mitos 1: Infertiliti adalah masalah kaum wanita
Fakta Sebenar: Tidak betul. Yang sebenarnya, lelaki memberikan peranan yang besar terhadap ketidaksuburan. Kajian menunjukkan 40% dari masalah ketidaksuburan adalah berpunca dari kaum lelaki dan 50% lagi adalah wanita. 10% nya lagi tidak diketahui punca dan sebab.

Mitos 2: Menjadi hamil adalah sesuatu yang mudah
Fakta Sebenar: Tidak begitu betul, Dikatakan 1 dalam 6 orang akan mengalami masalah sukar hamil pada satu titik masa dalam kehidupan mereka. Kajian juga mendapati dari kalangan mereka yang gagal hamil, cuma 50% sahaja yang cuba mendapatkan rawatan dari doktor jadi statistik sebenar mungkin lebih besar.

Mitos 3: Sekiranya anda mengambil anak angkat, anda akan mudah hamil.
Fakta Sebenar: Ini juga tidak betul. Mungkin anda kerap mendengar cerita tentang pasangan mengalami masalah infertiliti menjadi hamil sebaik sahaja mereka mangambil anak angkat, tapi ini disangkal oleh kajian yang menunjukkan tiada peningkatan kadar kehamilan berbanding dengan mereka yang tidak mengambil anak angkat. Ia terjadi kerana anda lebih mendengar berita gembira dari mereka yang mengambil anak angkat dan hamil dari yang sebaliknya.

Mitos 4: Mungkin anda dan pasangan anda tidak melakukannya dengan cara yang tidak betul.
Fakta Sebenar: Infertilti adalah masalah perubatan dan bukan masalah hubungan kelamin.
Mitos 5: Ia mengambil masa untuk hamil jadi tunggu sahaja.

Fakta Sebenar: Pasangan haruslah cuba mendapatkan rawatan selepas setahun mencuba kerana 80% dikalangan mereka yang ingin hamil akan berjaya selepas setahun berkahwin. Selepas 2 tahun, 90% akan menjadi hamil memberikan angka 10% terhadap mereka yang bermasalah. Sekiranya anda mempunyai masalah senggugut yang teruk atau haid yang tidak teratur, jangan tunggu sehingga setahun kerana jelas anda mengalami masalah peranakan yang mungkin menjadi punca ketidaksuburan anda.

Mitos 6: Membuat hubungan seks setiap hari meninggikan peluang hamil.
Fakta Sebenar: Salah lagi. Sperma yang sihat akan kekal hidup didalam rahim paling lama 5 hari dan telur pula cuma berupaya hidup kurang dari satu hari. Tempoh subur anda sebenarnya adalah kurang dari 7 hari sebulan. Sekiranya anda membuat hubungan seks di luar tempoh subur, peluang hamil adalah sangat kurang walaupun anda berhubungan setiap hari. Walaubagaimanapun sekiranya anda tidak kisah untuk bersama setiap hari teruskan sahaja kerana ia tidak akan mengurangkan kualiti sperma anda.

Mitos 7 : Infertiliti tidak berlaku kepada mereka yang pernah berjaya hamil dan melahirkan.
Fakta Sebenar: Ini juga tidak betul. Kajian menunjukkan ramai wanita yang gagal hamil kali kedua walaupun pernah melahirkan anak sebelumnya. Ia tidak kelihatan sebagai masalah yang kerap terjadi kerana tidak ramai yang tampil untuk mendapatkan rawatan berbanding dengan mereka yang sukar hamil kali pertama.

Mitos 8: Infertili tidak menjadi masalah sehinggalah melewati usia lewat 30’an
Fakta Sebenar: Sebenarnya kadar kesuburan menjunam dengan banyaknya selepas usia 30 tahun dengan kadar maksima pada usia 35. Terdapat kenaikan 22% pada usia 35% iaitu 2 kali ganda dari populasi yang biasa. Ini terjadi kerana kualiti telur menjadi kurang bermutu apabila usia mencecah 30 tahun.

Mitos 9: Ubat batuk boleh menolong meningkatkan kesuburan.
Fakta Sebenar: Ubat batuk telah lama digunakan untuk masalah infertiliti kerana ia dikatakan berupaya membaik pulih kualiti mukus serviks tetapi kajian telah mendapati tiada peningkatan kadar kehamilan apabila dibandingkan dengan mereka yang tidak mengambil ubat batuk.
Mitos 10: Suami saya mungkin akan tinggalkan saya sekiranya saya gagal hamil.
Fakta Sebenar: Sukar mendapat anak mungkin boleh menjadi punca masalah rumah tangga tapi ramai pasangan yang berupaya mengatasi krisis tersebut dan hidup bahagia walaupun dengan ketiadaan anak.
CREDIT: ALAM HAMIL


SET KESUBURAN SHAKLEE


JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE


Terima kasih kerana membaca entry ini.
Jom dapatkan HARGA PROMOSI bersama saya Pengedar Sah Shaklee :
■ Yusmerryza Binti Mohd Nazri
■ Whatsapp/SMS : 0125053682
■ Perunding Vitamin Shaklee secara Percuma & Penerangan pengambilan serta pemakanan Vitamin Shaklee dengan cara yang betul.
■ Walk in dimana-mana Branch / HQ Shaklee diseluruh Malaysia dengan menggunakan ID No. 969995 untuk membeli Vitamin Shaklee / mendaftar sebagai ahli Shaklee.

Wednesday, 5 March 2014

Set slimming paling laris, berkesan & selamat..

SET DIET SIHAT , LANGSING DAN MENAWAN

1 - Lecitin ~~

Membantu memecahkan lemak. Apabila lemak dipecahkan kepada molekul2 kecil, proses pe-nyah-kan lemak dari badan boleh dilakukan dengan lebih efektif. Lecithin bertindak lebih baik jika anda mengamalkan senaman secara konsiten.

2 - Omega Guard ~~

Omega-3 Fatty Acids mempengaruhi pelbagai jenis hormone yang dihasilkan oleh badan termasuk LEPTIN yang merupakan hormone yang penting dalam pengawalan selera makan dan metabolisme. Ianya dihasilkan daripada lemak di dalam badan. Leptin akan menghantar signal kepada otak untuk mengehadkan rasa lapar. SEMAKIN RENDAH PARAS LEPTIN, SEMAKIN CEPAT ANDA AKAN BERASA LAPAR

3 - Alfalfa untuk Kurus ~~

Alfalfa, juga berfungsi dalam menyingkirkan lemak dan kolesterol. Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka masa panjang alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya alfalfa sahaja yang mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang mnyerap kolesterol.


4 - Cinch Shake or ESP
(terdapat 3 perisa Cafe Latte, Vanilla dan Chocolate)

Ini rahsianya, Ya... Protein secara semulajadi mengurangkan selera makan. Ia memelihara otot dan membakar lemak. Cinch Shake Mix adalah makanan gantian segera untuk mereka yang sibuk dan tak ada masa nak menjaga pemakanan. Ia mengandungi serat yang tinggi dan membantu untuk rasa kenyang. Bukan itu saja, ia mengandungi nutrisi yang lengkap untuk menjaga kesihatan.Rumusan proprietary-nya diperkaya dengan Leucine iaitu asid amino yang memberi isyarat kepada badan supaya memelihara otot semasa proses pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch Shake membantu menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot. Pendekata, berat dengan otot bukan berat dengan lemak.


5 - Cinch Tea. Adunan Proprietari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada umph!
Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat. Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman.

Bagaimana nk percepatkan kadar metabolism dlm badan?

** perbanyakkan mkn sumber dari protein ESP&Cinch Shake @ ayam/ikan/ tauhu utk memperbaiki dan membina tisu otot dlm badan, tingkatkan kadar metabolism.

** kurangkan pengambilan carbo spt nasi dn mee goreng(carbo utk memberi tenaga, jika terlebih, ia akan menjadi fat dlm bdn)

**banyakan pengambilan fibre (buah-buahan dan sayur-sayuran) utk detoxification dan mudah penghadaman, mencuci usus agar sumber nutrient protein dan carbo dpt serap ke dlm sel badan sbg khasiat.

**mineral yg diperlukan seperti segala vitamin, magnesium, potassium, iron…etc.. bleh dpt melalui buah-buahan dn sayur-sayuran.

**pemakanan seimbang juga sgt penting

Jom cuba

Set slimming budget
1) Alfalfa (fibre/detox)
2) Lecithin (menguraikan lemak/fat)

set slimming basic
1) Cinch shakes (protein/meningkatkan kadar metabolism)
2) Alfalfa (fibre/detox)
3) Lecithin (menguraikan lemak/fat)

Set slimming complete
1) Cinch shakes (protein/meningkatkan kadar metabolism)
2) Alfalfa (fibre/detox)
3) Lecithin (menguraikan lemak/fat)
4) ESP (protein/meningkatkan kadar metabolism)
5) Omega guard (bantu membakar lemak)


Terima kasih kerana membaca entry ini.
Jom dapatkan HARGA PROMOSI bersama saya Pengedar Sah Shaklee :
■ Yusmerryza Binti Mohd Nazri
■ Whatsapp/SMS : 0125053682
■ Perunding Vitamin Shaklee secara Percuma & Penerangan pengambilan serta pemakanan Vitamin Shaklee dengan cara yang betul.
■ Walk in dimana-mana Branch / HQ Shaklee diseluruh Malaysia dengan menggunakan ID No. 969995 untuk membeli Vitamin Shaklee / mendaftar sebagai ahli Shaklee.

Monday, 11 November 2013

Cara Menyimpan Perahan Susu Ibu Ketika Dalam Perjalanan

Cara Menyimpan Perahan Susu Ibu Ketika Dalam Perjalanan

Atas permintaan seorang kakak cantik yang masih menyusukan bayinya, saya kongsikan di sini cara menyimpan perahan susu ibu.

Kebanyakan ibu menyusu tiada masalah menguruskan perahan susu ibu jika berada di tempat kerja dan juga di rumah. Tetapi mempunyai sedikit masalah jika terpaksa berpergian terlalu lama sehingga terpaksa bermalam atau pun tanpa dirancang anda perlu ke suatu tempat atas urusan kerja melebihi waktu kerja anda.

Sudah tentu "ice pack" anda tidak mampu bertahan melebihi 12-14 jam.

Nak buat macamana? Buntu?

Jalan terakhir terpaksa buang perahan susu ibu. Sayang oooo..penat pam perahan susu ibu. Ada yang dapat 2-12oz setiap kali mengepam. Meleleh air mata. Serius!! Saya faham perasaan anda. Sebab saya pun pernah lalui keadaan yang hampir serupa dahulu. Huhuhu..

Ada cara terakhir sebelum buang perahan susu ibu anda. Dapatkan beg plastik bersih , ais batu, dan garam (garam perlu sebanyak mungkin).

Isikan ais batu dan garam berselang seli hingga penuh plastik bag. Sediakan ais batu dan garam dalam sekurangnya 3-4 plastik bag bersih sebesar saiz ice pack anda . Plastik bag yang orang jual air tebu tu pun boleh atau apa-apa sahaja plastik yang bersih^_^. Lepas tu boleh la susun elok-elok botol-botol perahan susu ibu anda mengikut kebiasaan anda.

Peranan garam adalah mengekalkan lebih lama suhu ais batu walaupun ais batu sudah sedikit mencair tapi suhunya tetap sejuk dan boleh tahan hingga 5-7 jam perjalanan.

Tapi jangan dibiarkan dalam kereta yang diletakkan di tempat panas. Nanti cepat cair dan cepat hilang sejuk.

Cara menyimpan perahan susu ibu ini juga sesuai ketika waktu bekalan elektrik terputus juga.


Terima kasih kerana membaca entry ini.
Jom dapatkan HARGA PROMOSI bersama saya Pengedar Sah Shaklee :
■ Yusmerryza Binti Mohd Nazri
■ Whatsapp/SMS : 0125053682
■ Perunding Vitamin Shaklee secara Percuma & Penerangan pengambilan serta pemakanan Vitamin Shaklee dengan cara yang betul.
■ Walk in dimana-mana Branch / HQ Shaklee diseluruh Malaysia dengan menggunakan ID No. 969995 untuk membeli Vitamin Shaklee / mendaftar sebagai ahli Shaklee.

Ketahui 20 Tip Kurus Mudah & Berkesan

20 TIP KURUS MUDAH & BERKESAN

1. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari.

2. Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buahbuahan

3. Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam. Ambillah telur rebus, epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut. Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis itu

4. Tambahkan satu hidangan untuk buah-buahan dan sayuran pada menu anda. Jika anda sudah lakukan, anda boleh tambahkan hidangan ini sehingga lapan hidangan sehari untuk sayuran dan buah-buahan.

5. Untuk setiap hidangan, jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar. Gunalah piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam

6. Ambillah hidangan sup yang lebih banyak. Sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang.

7. Bawalah bekal ke pejabat. Ini untuk membantu mengelakkan anda makan tengahari secara berlebihan.

8. Cubalah untuk tidak mengambil gula selama dua minggu. Mesti rasanya luar biasa dan menutup nafsu makan anda. Namun, jika anda bertahan, pasti akan menjadi kebiasaan.

9. Jangan ‘jadikan’diri anda gemuk dengan ‘memenuhi’ permintaan perut.Anda masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin tanpa anda sedari.

10. Jika anda suka mengunyah ketika stres, inilah masanya untuk berubah. Anda harus fokus mencari cara lain yang lebih sihat. Carilah jalan untuk mengatasi stres tanpa melibatkan makanan.

11. Berusahalah untuk mengambil menu rendah kalori sebelum mengambil hidangan lain. Mulakan dengan salad, sayuran dan sup. Apabila tiba pada makanan utama, sudah tentu perut anda penuh untuk menerima menu tinggi kalori

12. Ambillah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Sebahagian dari anda suka hobi makan di tengah malam. Ini adalah cara mereka yang makan tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak seimbang.

13. Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu ‘hidup sihat’. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan memberikan nutrisi pada badan anda.

14. Ubahlah jadual makan malam anda. Kalau kebiasaan anda suka mengunyah, cubalah kurangkan sedikit demi sedikit. Lama kelamaan ia akan membuatkan tangan dan fikiran anda lupa pada snek malam.

15. Jadikan aerobik sebagai aktiviti yang menyenangkan. Ajaklah keluarga untuk bergerak dengan muzik kegemaran anda

16. Tulis di atas sekeping kertas ‘tutup selepas makan malam’. Tampalkan di pintu peti

17. Gosoklah gigi selepas waktu makan malam. Ini untuk mengingatkan anda bahawa waktu makan sudah habis.

18. Bersenamlah dan jadikan ia sebagai kegiatan yang menyihatkan.

19. Makanlah ketika tiba waktu makan. Jangan sesekali melakukan perkara lain pada waktu makan seperti membaca, menonton televisyen atau melayari internet.

20. Sebelum anda membeli belah, berjalanlah sebanyak tiga pusingan di pusat membeli belah tersebut.


Terima kasih kerana membaca entry ini.

Jom dapatkan HARGA PROMOSI bersama saya Pengedar Sah Shaklee :
■ Yusmerryza Binti Mohd Nazri
■ Whatsapp/SMS : 0125053682
■ Perunding Vitamin Shaklee secara Percuma & Penerangan pengambilan serta pemakanan Vitamin Shaklee dengan cara yang betul.
■ Walk in dimana-mana Branch / HQ Shaklee diseluruh Malaysia dengan menggunakan ID No. 969995 untuk membeli Vitamin Shaklee / mendaftar sebagai ahli Shaklee.

Cara Menyusukan Bayi Yang Betul

Cara Menyusukan Bayi Yang Betul

Pastikan cara menyusukan bayi adalah betul supaya bayi anda dapat menghisap (latch-on) susu anda semaksima mungkin. Cara menyusukan bayi yang betul juga memberi keselesaan kepada si ibu dan juga bayi.


Pastikan Cara Menyusu Anda Betul

1. Anda boleh melihat sedikit bahagian dalam mulut bayi
Lekapan bibir bayi terkeluar sedikit bukan terpekap masuk

2. Mulut bayi dan areola melekap kuat
Keseluruhan puting payudara berada dalam mulut bayi

3. Sebahagian besar areola berada dalam mulut bayi
Ketika menyusukan bayi, anda akan lihat sedikit sahaja bahagian areola.
Pangkal puting tidak kelihatan kerana berada dalam mulut bayi

4. Lidah bayi berada antara gusi bawahnya dan payudara
Sekiranya bayi melekapkan mulutnya dengan betul, lidah bayi akan terkeluar
sedikit dari gusi bawahnya dan mengalas puting payudara daripada rahangnya.

5. Anda boleh mendengar bunyi bayi menelan
Beberapa hari selepas dilahirkan mungkin setelah 5 hingga 10 kali menghisap baru
anda mendengar bunyi bayi menelan. Ketika ini susu ibu adalah susu kolostrum,
pekat dan sedikit. Apabila bekalan susu mulai banyak, anda akan mendengar
bunyi bayi menelan yang jelas. Aktiviti menyusukan bayi setiap payudara
mengambil masa 5 hingga 10 minit.

6. Tidak banyak susu meleleh dari hujung mulut bayi
Bayi menelan susu

7. Tiada bunyi klik atau Chupp kedengaran
Bunyi ini akan kedengaran sekiranya, kedudukan lidah bayi tidak betul dan cara
bayi menyusu tidak betul

8. Tiada bentuk melengkung pada pipi bayi ketika menyusu
Bentuk melengkung (seakan lesung pipit) menandakan bayi tidak melekap dengan
betul pada payudara dan cara menghisapnya terhenti ketika dia menggerakkan
gusi dan lidahnya. Jika berlaku sedemikian, biarkan bayi melepaskan puting
anda dan perbetulkan kembali cara menyusukan bayi.


Terima kasih kerana membaca entry ini.

Jom dapatkan HARGA PROMOSI bersama saya Pengedar Sah Shaklee :
■ Yusmerryza Binti Mohd Nazri
■ Whatsapp/SMS : 0125053682
■ Perunding Vitamin Shaklee secara Percuma & Penerangan pengambilan serta pemakanan Vitamin Shaklee dengan cara yang betul.
■ Walk in dimana-mana Branch / HQ Shaklee diseluruh Malaysia dengan menggunakan ID No. 969995 untuk membeli Vitamin Shaklee / mendaftar sebagai ahli Shaklee.

Friday, 25 October 2013

Set Buasir..oh..Buasir..

Set buasir

Untuk set ini cadangan 3 supplemen asas iaitu :

OSTEMATRIX
Membantu mengurangkan SEMBELIT dan melancarkan PEMBUANGAN AIR BESAR serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

OMEGA GUARD
Baik untuk sendi dan otot…Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, OMEGA membantu untuk MENGECUTKAN OTOT yang bengkak tersebut.

ZINC COMPLEX
Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. ZINC COMPLEX membantu MENYEMBUHKAN LUKA di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.

Terima kasih kerana membaca entry ini.

Jom dapatkan HARGA PROMOSI bersama saya Pengedar Sah Shaklee :
■ Yusmerryza Binti Mohd Nazri
■ Whatsapp/SMS : 0125053682
■ Perunding Vitamin Shaklee secara Percuma & Penerangan cara makan Vitamin Shaklee dengan cara yang betul.
■ Walk in dimana-mana Branch / HQ Shaklee diseluruh Malaysia dengan menggunakan ID No. 969995 untuk membeli Vitamin Shaklee / mendaftar sebagai ahli Shaklee.

Sunday, 4 August 2013

Set Berpantang Moden Pilihan Ibu-Ibu Masa Kini

SET BERPANTANG MODEN PILIHAN IB-IBU MASA KINI :-

FULL SET :-
ESP
ALFALFA
VITA-LEA
B-COMPLEX
VITAMIN-C SR
ZINK

BAJET SET :-
ESP
ALFALFA



Kenapa perlu pilih SET PANTANG SHAKLEE???
Ianya tidak seperti jamu atau produk lain yang ada banyak pantang larang dan kemungkinan besar ada kesan sampingan. Kini anda tidak perlu risau & takut anak akan terkena jaundice (demam kuning) lagi. Boleh mula dimakan dari hari pertama melahirkan anak. Membantu ibu lebih bertenaga walaupun baru lepas bersalin & disamping itu BONUS bagi ibu yang menyusukan anak dimana kulit anda & anak jadi lebih gebu dan cantik. Boleh mengubati penyakit buasir anda. Yang penting luka bersalin normal /pembedahan cepat baik.

Khasiat Vitamin :-

1) ESP
Membantu ibu langsing semula, kulit cantik dan dapat tenaga yang berpanjangan.

2) Alfalfa
Mengurangkan sakit sendi, cepatkan pengecutan rahim, mengatasi masalah kewanitaan dan paling penting ia adalah milk booster atau boleh banyakkan susu dan pekatkan susu.

3) B-Complex
Dengan Asid Folic, B-Complex bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress atau meroyan di kalangan ibu berpantang. Ia juga berupaya meningkatkan pembentukkan sel darah merah dan sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil menjadi tenaga. Justeru, ibu-ibu akan merasa lebih bertenaga dan kurang letih. Vitamin ini juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan, sesuai dengan namanya 'B' for Beauty.

4) Vita-Lea
Multivitamin Dengan Zat Besi yang sangat penting untuk diambil oleh ibu berpantang kerana Vitalea membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakkan makanan perlu dielakkan semasa berpantang (pantang makan). Zat besi pula sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan sel darah merah, bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses kelahiran. Ibu-ibu yang kekurangan vitamin ini akan kelihatan pucat, letih dan tidak bermaya.

5) Vitamin-C
Sangat penting untuk penyembuhan luka jahitan serta membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin. Juga penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kerana sebiji vitamin C Shaklee menyamai 7 biji setengah kita memakan buah oren. Vitamin C juga penting dalam membentuk kolagen dan penting dalam kecantikkan kulit.

4) Zink
Sangat penting untuk membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman. Makanan yang kaya dengan zink ialah ikan haruan. Agak sukar untuk memasak ikan haruan setiap hari, ditambah pula dengan harganya yang agak mahal. Justeru, pengambilan zink setiap hari adalah pilihan yang tepat bagi ibu berpantang. Zink juga membantu mengatasi masalah 'kedinginan' selepas bersalin, dan pengambilan zink oleh ibu menyusu akan menjamin bayi membesar dengan optimum. So apa tunggu wahai ibu yang sedang mencari set pantang.. Buatlah pilihan yang tepat untuk kesihatan anda sekeluarga.


Terima kasih kerana membaca entry ini.

Jom dapatkan HARGA PROMOSI Shaklee bersama saya :
■ Yusmerryza Binti Mohd Nazri
■ Whatsapp/SMS : 0125053682
■ Pengedar sah & Perunding secara percuma berkaitan Vitamin Shaklee.
■ Walk in dimana-mana Branch/HQ Shaklee dengan menggunakan ID No. 969995 untuk membeli Vitamin Shaklee/mendaftar sebagai ahli Shaklee.

Wednesday, 31 July 2013

Runsing sebab susu badan xbyk & xpekat..

Anda runsing sbb susu bdn tak byk & tak pekat???

Saya sendiri pernah alaminya situasi seperti tu sblm ni..
Alhamdulillah berpantang anak ke 3 ni saya telah berkenalan dgn produk Shaklee
Ni la produk pertama Shaklee yg saya guna semasa berpantang kali ni..


Syukur sgt sejak ambil supplement ni anak tak kena jaundice (demam kuning), kalau ikut sejarah anak saya yg 1 & 2 dulu smua kena tahan wad.. lg 1 anak lps menyusu tido lena kekenyangan sbb susu byk + pekat.. abg2 dia dulu sampai saya menangis dlm pantang sbb susu tak der.. nsb baik saya berkenalan dgn produk Shaklee semasa berpantang kali ni.. td g bwk anak cucuk sebulan, berat anak dh 5 kg.. saya pula dh turun 12 kg.. xsia2 amik supplement dr produk Shaklee ni sihat & susu badan meriah, dalam masa yang sama yang sama turun berat badan.. bonus kulit saya & baby jadi cerah & gebu..


Ni hasilnya..berat badan saya hari last sebelum bersalin 73kg, selepas bersalin 68kg.. selepas 2 bln berpantang kosisten amalkan pemakanan vitamin dari produk shaklee ni berat badan saya turun ke 55kg. Syukur alhamdulillah saya dpt berat saya semula..

Terima kasih kerana membaca entry ini.

Jom dapatkan HARGA PROMOSI bersama saya Pengedar Sah Shaklee :
■ Yusmerryza Binti Mohd Nazri
■ Whatsapp/SMS : 0125053682
■ Perunding Vitamin Shaklee secara Percuma & Penerangan cara makan Vitamin Shaklee dengan cara yang betul.
■ Walk in dimana-mana Branch / HQ Shaklee diseluruh Malaysia dengan menggunakan ID No. 969995 untuk membeli Vitamin Shaklee / mendaftar sebagai ahli Shaklee.