Showing posts with label Set Kesuburan. Show all posts
Showing posts with label Set Kesuburan. Show all posts

Wednesday, 7 May 2014

BOSAN..Dah lama kahwin tapi masih berdua !!!

Set Kesuburan Shaklee

Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:*

  *  Tiub fallopian tersumbat
  *  Endometriosis
  *  Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
  *  Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
  *  Masalah hormon
  *  Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
  *  Menopous sebelum waktunya
  *  Masalah tiroid
  *  Fibroid*

Penyebab biologi di kalangan lelaki pula :

  * Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
  *  Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
  *  Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
  *  Menghidap hernia
  *  Gangguan hormon
  *  Salur sperma tersumbat
  * Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb

Penyebab2 dari faktor luaran (lelaki dan wanita)*

  * Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
  * Stress dan tekanan
  * Pemakanan yang tidak sihat
  * Kekurangan zat
  * Amalan merokok atau meminum alkohol
  * Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
  * Terdedah kepada pencemaran
  * Terlalu kurus atau terlalu gemuk

Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

"*Bersenam*"
Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

"*Mengelakkan pencemaran*"
Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok

*Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan*

Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut :

Vita-Lea* - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.

Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

B Complex *– Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

Vita C* - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vita E & Selenium* - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

Omega Guard* – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.
*Zinc *- meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.

Alfalfa - membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.

GLA -  membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5 (^__^)

SET KESUBURAN CADANGAN UNTUK PERMULAAN:

Untuk Suami : CoqHealth, Vita-E dan Zinc

Untuk Isteri : ESP, GLA dan B  Complex,

Jom dapatkan HARGA PROMOSI Shaklee bersama saya :

■ Yusmerryza Binti Mohd Nazri
■ Whatsapp/SMS : 0125053682
■ Pengedar sah & Perunding Vitamin Shaklee ID No. 969995.

Monday, 10 March 2014

10 MITOS DAN FAKTA INFERTILITI - KEMANDULAN

SET KESUBURAN: 10 MITOS DAN FAKTA INFERTILITI (KEMANDULAN)


Mitos 1: Infertiliti adalah masalah kaum wanita
Fakta Sebenar: Tidak betul. Yang sebenarnya, lelaki memberikan peranan yang besar terhadap ketidaksuburan. Kajian menunjukkan 40% dari masalah ketidaksuburan adalah berpunca dari kaum lelaki dan 50% lagi adalah wanita. 10% nya lagi tidak diketahui punca dan sebab.

Mitos 2: Menjadi hamil adalah sesuatu yang mudah
Fakta Sebenar: Tidak begitu betul, Dikatakan 1 dalam 6 orang akan mengalami masalah sukar hamil pada satu titik masa dalam kehidupan mereka. Kajian juga mendapati dari kalangan mereka yang gagal hamil, cuma 50% sahaja yang cuba mendapatkan rawatan dari doktor jadi statistik sebenar mungkin lebih besar.

Mitos 3: Sekiranya anda mengambil anak angkat, anda akan mudah hamil.
Fakta Sebenar: Ini juga tidak betul. Mungkin anda kerap mendengar cerita tentang pasangan mengalami masalah infertiliti menjadi hamil sebaik sahaja mereka mangambil anak angkat, tapi ini disangkal oleh kajian yang menunjukkan tiada peningkatan kadar kehamilan berbanding dengan mereka yang tidak mengambil anak angkat. Ia terjadi kerana anda lebih mendengar berita gembira dari mereka yang mengambil anak angkat dan hamil dari yang sebaliknya.

Mitos 4: Mungkin anda dan pasangan anda tidak melakukannya dengan cara yang tidak betul.
Fakta Sebenar: Infertilti adalah masalah perubatan dan bukan masalah hubungan kelamin.
Mitos 5: Ia mengambil masa untuk hamil jadi tunggu sahaja.

Fakta Sebenar: Pasangan haruslah cuba mendapatkan rawatan selepas setahun mencuba kerana 80% dikalangan mereka yang ingin hamil akan berjaya selepas setahun berkahwin. Selepas 2 tahun, 90% akan menjadi hamil memberikan angka 10% terhadap mereka yang bermasalah. Sekiranya anda mempunyai masalah senggugut yang teruk atau haid yang tidak teratur, jangan tunggu sehingga setahun kerana jelas anda mengalami masalah peranakan yang mungkin menjadi punca ketidaksuburan anda.

Mitos 6: Membuat hubungan seks setiap hari meninggikan peluang hamil.
Fakta Sebenar: Salah lagi. Sperma yang sihat akan kekal hidup didalam rahim paling lama 5 hari dan telur pula cuma berupaya hidup kurang dari satu hari. Tempoh subur anda sebenarnya adalah kurang dari 7 hari sebulan. Sekiranya anda membuat hubungan seks di luar tempoh subur, peluang hamil adalah sangat kurang walaupun anda berhubungan setiap hari. Walaubagaimanapun sekiranya anda tidak kisah untuk bersama setiap hari teruskan sahaja kerana ia tidak akan mengurangkan kualiti sperma anda.

Mitos 7 : Infertiliti tidak berlaku kepada mereka yang pernah berjaya hamil dan melahirkan.
Fakta Sebenar: Ini juga tidak betul. Kajian menunjukkan ramai wanita yang gagal hamil kali kedua walaupun pernah melahirkan anak sebelumnya. Ia tidak kelihatan sebagai masalah yang kerap terjadi kerana tidak ramai yang tampil untuk mendapatkan rawatan berbanding dengan mereka yang sukar hamil kali pertama.

Mitos 8: Infertili tidak menjadi masalah sehinggalah melewati usia lewat 30’an
Fakta Sebenar: Sebenarnya kadar kesuburan menjunam dengan banyaknya selepas usia 30 tahun dengan kadar maksima pada usia 35. Terdapat kenaikan 22% pada usia 35% iaitu 2 kali ganda dari populasi yang biasa. Ini terjadi kerana kualiti telur menjadi kurang bermutu apabila usia mencecah 30 tahun.

Mitos 9: Ubat batuk boleh menolong meningkatkan kesuburan.
Fakta Sebenar: Ubat batuk telah lama digunakan untuk masalah infertiliti kerana ia dikatakan berupaya membaik pulih kualiti mukus serviks tetapi kajian telah mendapati tiada peningkatan kadar kehamilan apabila dibandingkan dengan mereka yang tidak mengambil ubat batuk.
Mitos 10: Suami saya mungkin akan tinggalkan saya sekiranya saya gagal hamil.
Fakta Sebenar: Sukar mendapat anak mungkin boleh menjadi punca masalah rumah tangga tapi ramai pasangan yang berupaya mengatasi krisis tersebut dan hidup bahagia walaupun dengan ketiadaan anak.
CREDIT: ALAM HAMIL


SET KESUBURAN SHAKLEE


JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE


Terima kasih kerana membaca entry ini.
Jom dapatkan HARGA PROMOSI bersama saya Pengedar Sah Shaklee :
■ Yusmerryza Binti Mohd Nazri
■ Whatsapp/SMS : 0125053682
■ Perunding Vitamin Shaklee secara Percuma & Penerangan pengambilan serta pemakanan Vitamin Shaklee dengan cara yang betul.
■ Walk in dimana-mana Branch / HQ Shaklee diseluruh Malaysia dengan menggunakan ID No. 969995 untuk membeli Vitamin Shaklee / mendaftar sebagai ahli Shaklee.