Showing posts with label Set Kurus. Show all posts
Showing posts with label Set Kurus. Show all posts

Monday, 19 May 2014

Apa beza CINCH & ESP Shaklee ???

Beza Cinch dan Esp.

Apa Itu Leucine ?
Leucine ini adalah salah satu sumber protein, yang bagus untuk memelihara otot. Cara bekerja leucine ni ialah, dia akan mengekalkan kekuatan otot kita, selepas kita berlapar, diet, ataupun lepas kita senaman membasuh kereta ataupun mengejar biawak. Mengikut kajian yang dibuat, para atlet biasanya akan mengalami lemah otot, dan ini menyebabkan jisim otot berkurang. Dengan adanya leucine ini, jisim otot cuba dikekalkan, dan ini membantu otot meningkatkan metabolisme, dan seterusnya membakar lemak  yang ada. Jadi,
pentingnya Cinrch Shake ini ialah kandungan Leucine protein yang bagus untuk orang yang berdiet.

Beza Cinch dengan ESP
Produk protein yang popular selain Cinch ialah Energizing Soy Protein (ESP), yang memang sesuai dijadikan sumber protein, yang banyak khasiat dan kelebihannya. Antara beza yang ketara ialah kandungan multivitamin yang lebih banyak terdapat di dalam Cinch berbanding ESP. Mengikut pakar Shaklee, Cinch memang direka khas untuk kuruskan badan. Walaubagaimanapun, ESP juga berkesan untuk kuruskan badan. Di dalam Cinch, kandungan Leucine dirahsiakan, sebagai satu paten khas
Shaklee, supaya formula kandungan Leucine tidak dapat ditiru oleh syarikat lain.

3 Perisa Terbaik
Cinch Shake Shaklee di Malaysia boleh didapati dalam 3 perisa, vanila, coklat dan cafe latte. Biasanya anda boleh beli mengikut citarasa anda. Kalau nak menarik lagi, boleh je  gabungkan perisa tersebut, tapi perlulah mengikut kesesuaian dan sukatan diet yang bagus. Untuk makluman, ESP adalah berperisa Vanilla yang memang sedap.
Ibu menyusu ..CINCH atau ESP ?

Ibu menyusu digalakkan mengambil ESP berbanding Cinch kerana kandungan kalori Cinch Shake yang terlalu rendah dikhuatiri akan mengganggu tumbesaran bayi. Jadi, untuk anda ibu-ibu yang menyusukan anak..ESP atau Energizing Soy Protien adalah pilihan terbaik. Selain daripada membantu ibu dalam usaha menguruskan badan, ESP juga membantu memperbanyakkan susu ibu dan membantu ibu memekatkan hasil susu perahan.

Wednesday, 5 March 2014

Set slimming paling laris, berkesan & selamat..

SET DIET SIHAT , LANGSING DAN MENAWAN

1 - Lecitin ~~

Membantu memecahkan lemak. Apabila lemak dipecahkan kepada molekul2 kecil, proses pe-nyah-kan lemak dari badan boleh dilakukan dengan lebih efektif. Lecithin bertindak lebih baik jika anda mengamalkan senaman secara konsiten.

2 - Omega Guard ~~

Omega-3 Fatty Acids mempengaruhi pelbagai jenis hormone yang dihasilkan oleh badan termasuk LEPTIN yang merupakan hormone yang penting dalam pengawalan selera makan dan metabolisme. Ianya dihasilkan daripada lemak di dalam badan. Leptin akan menghantar signal kepada otak untuk mengehadkan rasa lapar. SEMAKIN RENDAH PARAS LEPTIN, SEMAKIN CEPAT ANDA AKAN BERASA LAPAR

3 - Alfalfa untuk Kurus ~~

Alfalfa, juga berfungsi dalam menyingkirkan lemak dan kolesterol. Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka masa panjang alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya alfalfa sahaja yang mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang mnyerap kolesterol.


4 - Cinch Shake or ESP
(terdapat 3 perisa Cafe Latte, Vanilla dan Chocolate)

Ini rahsianya, Ya... Protein secara semulajadi mengurangkan selera makan. Ia memelihara otot dan membakar lemak. Cinch Shake Mix adalah makanan gantian segera untuk mereka yang sibuk dan tak ada masa nak menjaga pemakanan. Ia mengandungi serat yang tinggi dan membantu untuk rasa kenyang. Bukan itu saja, ia mengandungi nutrisi yang lengkap untuk menjaga kesihatan.Rumusan proprietary-nya diperkaya dengan Leucine iaitu asid amino yang memberi isyarat kepada badan supaya memelihara otot semasa proses pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch Shake membantu menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot. Pendekata, berat dengan otot bukan berat dengan lemak.


5 - Cinch Tea. Adunan Proprietari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada umph!
Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat. Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman.

Bagaimana nk percepatkan kadar metabolism dlm badan?

** perbanyakkan mkn sumber dari protein ESP&Cinch Shake @ ayam/ikan/ tauhu utk memperbaiki dan membina tisu otot dlm badan, tingkatkan kadar metabolism.

** kurangkan pengambilan carbo spt nasi dn mee goreng(carbo utk memberi tenaga, jika terlebih, ia akan menjadi fat dlm bdn)

**banyakan pengambilan fibre (buah-buahan dan sayur-sayuran) utk detoxification dan mudah penghadaman, mencuci usus agar sumber nutrient protein dan carbo dpt serap ke dlm sel badan sbg khasiat.

**mineral yg diperlukan seperti segala vitamin, magnesium, potassium, iron…etc.. bleh dpt melalui buah-buahan dn sayur-sayuran.

**pemakanan seimbang juga sgt penting

Jom cuba

Set slimming budget
1) Alfalfa (fibre/detox)
2) Lecithin (menguraikan lemak/fat)

set slimming basic
1) Cinch shakes (protein/meningkatkan kadar metabolism)
2) Alfalfa (fibre/detox)
3) Lecithin (menguraikan lemak/fat)

Set slimming complete
1) Cinch shakes (protein/meningkatkan kadar metabolism)
2) Alfalfa (fibre/detox)
3) Lecithin (menguraikan lemak/fat)
4) ESP (protein/meningkatkan kadar metabolism)
5) Omega guard (bantu membakar lemak)


Terima kasih kerana membaca entry ini.
Jom dapatkan HARGA PROMOSI bersama saya Pengedar Sah Shaklee :
■ Yusmerryza Binti Mohd Nazri
■ Whatsapp/SMS : 0125053682
■ Perunding Vitamin Shaklee secara Percuma & Penerangan pengambilan serta pemakanan Vitamin Shaklee dengan cara yang betul.
■ Walk in dimana-mana Branch / HQ Shaklee diseluruh Malaysia dengan menggunakan ID No. 969995 untuk membeli Vitamin Shaklee / mendaftar sebagai ahli Shaklee.

Monday, 11 November 2013

Ketahui 20 Tip Kurus Mudah & Berkesan

20 TIP KURUS MUDAH & BERKESAN

1. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari.

2. Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buahbuahan

3. Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam. Ambillah telur rebus, epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut. Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis itu

4. Tambahkan satu hidangan untuk buah-buahan dan sayuran pada menu anda. Jika anda sudah lakukan, anda boleh tambahkan hidangan ini sehingga lapan hidangan sehari untuk sayuran dan buah-buahan.

5. Untuk setiap hidangan, jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar. Gunalah piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam

6. Ambillah hidangan sup yang lebih banyak. Sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang.

7. Bawalah bekal ke pejabat. Ini untuk membantu mengelakkan anda makan tengahari secara berlebihan.

8. Cubalah untuk tidak mengambil gula selama dua minggu. Mesti rasanya luar biasa dan menutup nafsu makan anda. Namun, jika anda bertahan, pasti akan menjadi kebiasaan.

9. Jangan ‘jadikan’diri anda gemuk dengan ‘memenuhi’ permintaan perut.Anda masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin tanpa anda sedari.

10. Jika anda suka mengunyah ketika stres, inilah masanya untuk berubah. Anda harus fokus mencari cara lain yang lebih sihat. Carilah jalan untuk mengatasi stres tanpa melibatkan makanan.

11. Berusahalah untuk mengambil menu rendah kalori sebelum mengambil hidangan lain. Mulakan dengan salad, sayuran dan sup. Apabila tiba pada makanan utama, sudah tentu perut anda penuh untuk menerima menu tinggi kalori

12. Ambillah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Sebahagian dari anda suka hobi makan di tengah malam. Ini adalah cara mereka yang makan tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak seimbang.

13. Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu ‘hidup sihat’. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan memberikan nutrisi pada badan anda.

14. Ubahlah jadual makan malam anda. Kalau kebiasaan anda suka mengunyah, cubalah kurangkan sedikit demi sedikit. Lama kelamaan ia akan membuatkan tangan dan fikiran anda lupa pada snek malam.

15. Jadikan aerobik sebagai aktiviti yang menyenangkan. Ajaklah keluarga untuk bergerak dengan muzik kegemaran anda

16. Tulis di atas sekeping kertas ‘tutup selepas makan malam’. Tampalkan di pintu peti

17. Gosoklah gigi selepas waktu makan malam. Ini untuk mengingatkan anda bahawa waktu makan sudah habis.

18. Bersenamlah dan jadikan ia sebagai kegiatan yang menyihatkan.

19. Makanlah ketika tiba waktu makan. Jangan sesekali melakukan perkara lain pada waktu makan seperti membaca, menonton televisyen atau melayari internet.

20. Sebelum anda membeli belah, berjalanlah sebanyak tiga pusingan di pusat membeli belah tersebut.


Terima kasih kerana membaca entry ini.

Jom dapatkan HARGA PROMOSI bersama saya Pengedar Sah Shaklee :
■ Yusmerryza Binti Mohd Nazri
■ Whatsapp/SMS : 0125053682
■ Perunding Vitamin Shaklee secara Percuma & Penerangan pengambilan serta pemakanan Vitamin Shaklee dengan cara yang betul.
■ Walk in dimana-mana Branch / HQ Shaklee diseluruh Malaysia dengan menggunakan ID No. 969995 untuk membeli Vitamin Shaklee / mendaftar sebagai ahli Shaklee.