Showing posts with label Tip dan Petua. Show all posts
Showing posts with label Tip dan Petua. Show all posts

Monday, 19 May 2014

Nak nampak BERSERI walaupun ketika HAMIL & SELEPAS KELAHIRAN !!!

CADANGAN UNTUK IBU YANG INGIN KELIHATAN SIHAT BERTENAGA & CANTIK BERSERI WALAUPUN KETIKA HAMIL ATAU SELEPAS KELAHIRAN

♧ ESP : Membekalkan tenaga kepada ibu sepanjang hari serta membantu masalah gastrik (jika ada). Kekurangan protein juga dikaitkan kecacatan janin semasa semasa ibu hamil. Pengambilan protein yang cukup membantu perkembangan janin dengan baik.

♧ VITA C : Memberikan perlindungan dengan meningkatkan imune badan. Dos yang tinggi diambil sebelum bersalin juga membantu mengurangkan sakit bersalin.

♧ VITALEA : Memberi imbangan nutrient dan tinggi kandungan asid folic

♧ B-COMPLEX : Mengurangkan tanda-tanda stress dan membantu menukar makanan yang dimakan kepada tenaga.

♧ OSTEMATRIX : Sumber kalsium kepada ibu hamil dan menyusu. Membantu melegakan masalah sembelit.

♧ OMEGA GUARD : DHA dari sumber minyak ikan membantu  perkembangan otak janin

♧ ALFALFA : Sebagai penggalak susu (milk booster), memberi kesan detosifikasi kepada sistem pencernaan, mengembalikan sel-sel badan terutama bahagian sulit wanita ke keadaan asal selepas besalin (bertindak seperti kacip fatimah)

♧ GLA COMPLEX : Memberi sensasi hangat kepada badan dan mengembalikan keseimbangan hormon wanita selepas bersalin.

CARA MENERAN KETIKA MELAHIRKAN ANAK !!!

Jom berkongsi pengalaman anda

1. angkat kepala dagu cecah dada.

2. mata pandang perut

3. tangan pegang (bahagian kaki yang berhampiran buku lali)

4. masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan tak kuat

5. masa teran tu jangan sesekali angkat punggung.kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina

6.tarik nafas sedalam yg boleh n teran mcm nak buang air besar tanpa blow nafas anda..teran sekuat yg terdaya selama yg boleh n curi nafas then sambung teran..tiap kontraksi try 3kali...time kontraksi je push sbb time tu bby pun gerak sama so jgn buang ms ada kontraksi terus push mcm cara2 td..xde kontraksi,relax...

7. baca bismilah, selawat

8. tips tambahan: kongsi la tips ni dengan husband supaya dapat mengingatkan anda. Mungkin masa tu anda akan terlupa dek menahan sakit.bila husband dah tau senang la dia memberi panduan kan (masa tgk tu ada sorang suami nie setia menemani isteri dia bersalin, sambil bisik-bisik kat isteri dia bagi semangat)

kredit sentuhankasih-ibu.com


Terima kasih kerana membaca entry ini. Jom dapatkan HARGA PROMOSI bersama saya Pengedar Sah Shaklee : ■ Yusmerryza Binti Mohd Nazri ■ Whatsapp/SMS : 0125053682 ■ Perunding Vitamin Shaklee secara Percuma & Penerangan pengambilan serta pemakanan Vitamin Shaklee dengan cara yang betul. ■ Walk in dimana-mana Branch / HQ Shaklee diseluruh Malaysia dengan menggunakan ID No. 969995 untuk membeli Vitamin Shaklee / mendaftar sebagai ahli Shaklee.

Tuesday, 6 May 2014

Alahan pada ibu mengandung..

Kebanyakkan wanita mengandung akan mengalami alahan dalam 3 bulan pertama,walau bagaimanapun ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin. bagi wanita yang mengalami alahan semasa mengandung akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian.ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini,malah ada yang terpaksa bercuti dari kerja kerana alahan yang terlalu teruk. kesan alahan terhadap kesihatan~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~secara amnya alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi.jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali ,bayi berkemungkinan akan berkurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas.tambahan lagi ibu akan mengalami dehidrasi(kekurangan air dalam badan),simptom dehidrasi ialah pening2,dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa.jika anda mengalami simptom2 ini anda memerlukan rawatan dengan segera.ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan supplement tambahan melalui drip.♥♥Cara mengatasi alahan makanan♥♥♡ ~apabila anda sedar di waktu pagi makan krekar atau biskut dan rehat selama 15 minit,kemudian barulah bangun. ♡~bangun perlahan-lahan dan jangan baring selepas makan.♡~kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong.♡~makan apa saja anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas,berlemak dan bergoreng. ♡~jika tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak ,buka tingkap dan kipas.lebih baik jika orang lain yang masak. ♡~makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan pedas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya. ♡~hidu bau limau nipis,limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa. ~elakkan mengambil kafien dan merokok. ♡~dan yang terakhir ialah dengan mengambil set kehamilan untuk ibu kekal cergas dan bertenaga walapun kurang makan.fungsi supplement :♡~ vitalea with iron formula :bertindak sebagai multivitamin,vitalea shaklee sememangnya telah dilengkapi dengan kandungan zat besi bagi memenuhi keperluan ibu mengandung.hasilnya badan akan sentiasa merasa sihat kerana si ibu mendapat segala nutrisi yang diperlukan ketika hamil. ♡~vitamin c :penting sebagai menyokong kesihatan jantung ,meningkatkan imuniti badan,keutuhan sel serta kesihatan mata,gusi,tulang,otot dan pembuluh darah. ♡~B complex :membantu meningkatkan kandungan sel darah merah dan hemoglobin ,mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan badan bagi menggantikan nutrisi vitamin B yang telah hilang termasuk folat yang penting dalam perkembangan bayi yang sihat.boleh juga ON ADD esp,ostematrik dan omega guard:♡~ostematrik (kalsium) :juga amat baik untuk masalah simpul biawak,sakit pinggang,belakang,lenguh kaki tangan. ♡~energy soy protein :amat bagus untuk ibu yang mengalami alahan kerana esp memberi tenaga yang berpanjangan. ♡~omega guard :minyak ikan yang kaya dengan DHA membantu perkembangan otak bayi dan juga mengawal kolesterol dalam tubuh ibu.peringatan ~~~~~~~~~elakkan pengambilan vitalea bersama-sama dengan ostematrik kerana kalsium akan melemahkan penyerapan zat besi. ~elakkan pengambilan vitalea bersama-sama dengan susu kerana susu mengandungi kalsium. ~pesakit THALASSEMIA TIDAK BOLEH mengambil vitalea kerana mengandungi zat besi.

Tip Kuatkan RAHIM & Elakkan Keguguran

Jom kita berkongsi tips kuatkan rahim & elak keguguran

1) Amalkan makanan yg segar & elakn mknan yg diproses mengandungi bhn kimia yg memudaratkan.

2) Elakkan pemakanan yg bersifat tajam & sejuk. termasuk jeruk , asam boi dll.

3) Amalkan zikir (Al Musowwir) Amalkan secara kosisten & bersungguh2.

4) Amalkan makanan tambahan yg dibenarkan doktor utk menguatkan otot rahim & penghasilan telur yg sihat.

Monday, 11 November 2013

Ketahui 20 Tip Kurus Mudah & Berkesan

20 TIP KURUS MUDAH & BERKESAN

1. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari.

2. Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buahbuahan

3. Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam. Ambillah telur rebus, epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut. Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis itu

4. Tambahkan satu hidangan untuk buah-buahan dan sayuran pada menu anda. Jika anda sudah lakukan, anda boleh tambahkan hidangan ini sehingga lapan hidangan sehari untuk sayuran dan buah-buahan.

5. Untuk setiap hidangan, jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar. Gunalah piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam

6. Ambillah hidangan sup yang lebih banyak. Sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang.

7. Bawalah bekal ke pejabat. Ini untuk membantu mengelakkan anda makan tengahari secara berlebihan.

8. Cubalah untuk tidak mengambil gula selama dua minggu. Mesti rasanya luar biasa dan menutup nafsu makan anda. Namun, jika anda bertahan, pasti akan menjadi kebiasaan.

9. Jangan ‘jadikan’diri anda gemuk dengan ‘memenuhi’ permintaan perut.Anda masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin tanpa anda sedari.

10. Jika anda suka mengunyah ketika stres, inilah masanya untuk berubah. Anda harus fokus mencari cara lain yang lebih sihat. Carilah jalan untuk mengatasi stres tanpa melibatkan makanan.

11. Berusahalah untuk mengambil menu rendah kalori sebelum mengambil hidangan lain. Mulakan dengan salad, sayuran dan sup. Apabila tiba pada makanan utama, sudah tentu perut anda penuh untuk menerima menu tinggi kalori

12. Ambillah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Sebahagian dari anda suka hobi makan di tengah malam. Ini adalah cara mereka yang makan tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak seimbang.

13. Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu ‘hidup sihat’. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan memberikan nutrisi pada badan anda.

14. Ubahlah jadual makan malam anda. Kalau kebiasaan anda suka mengunyah, cubalah kurangkan sedikit demi sedikit. Lama kelamaan ia akan membuatkan tangan dan fikiran anda lupa pada snek malam.

15. Jadikan aerobik sebagai aktiviti yang menyenangkan. Ajaklah keluarga untuk bergerak dengan muzik kegemaran anda

16. Tulis di atas sekeping kertas ‘tutup selepas makan malam’. Tampalkan di pintu peti

17. Gosoklah gigi selepas waktu makan malam. Ini untuk mengingatkan anda bahawa waktu makan sudah habis.

18. Bersenamlah dan jadikan ia sebagai kegiatan yang menyihatkan.

19. Makanlah ketika tiba waktu makan. Jangan sesekali melakukan perkara lain pada waktu makan seperti membaca, menonton televisyen atau melayari internet.

20. Sebelum anda membeli belah, berjalanlah sebanyak tiga pusingan di pusat membeli belah tersebut.


Terima kasih kerana membaca entry ini.

Jom dapatkan HARGA PROMOSI bersama saya Pengedar Sah Shaklee :
■ Yusmerryza Binti Mohd Nazri
■ Whatsapp/SMS : 0125053682
■ Perunding Vitamin Shaklee secara Percuma & Penerangan pengambilan serta pemakanan Vitamin Shaklee dengan cara yang betul.
■ Walk in dimana-mana Branch / HQ Shaklee diseluruh Malaysia dengan menggunakan ID No. 969995 untuk membeli Vitamin Shaklee / mendaftar sebagai ahli Shaklee.