Monday 11 November 2013

Cara Menyusukan Bayi Yang Betul

Cara Menyusukan Bayi Yang Betul

Pastikan cara menyusukan bayi adalah betul supaya bayi anda dapat menghisap (latch-on) susu anda semaksima mungkin. Cara menyusukan bayi yang betul juga memberi keselesaan kepada si ibu dan juga bayi.


Pastikan Cara Menyusu Anda Betul

1. Anda boleh melihat sedikit bahagian dalam mulut bayi
Lekapan bibir bayi terkeluar sedikit bukan terpekap masuk

2. Mulut bayi dan areola melekap kuat
Keseluruhan puting payudara berada dalam mulut bayi

3. Sebahagian besar areola berada dalam mulut bayi
Ketika menyusukan bayi, anda akan lihat sedikit sahaja bahagian areola.
Pangkal puting tidak kelihatan kerana berada dalam mulut bayi

4. Lidah bayi berada antara gusi bawahnya dan payudara
Sekiranya bayi melekapkan mulutnya dengan betul, lidah bayi akan terkeluar
sedikit dari gusi bawahnya dan mengalas puting payudara daripada rahangnya.

5. Anda boleh mendengar bunyi bayi menelan
Beberapa hari selepas dilahirkan mungkin setelah 5 hingga 10 kali menghisap baru
anda mendengar bunyi bayi menelan. Ketika ini susu ibu adalah susu kolostrum,
pekat dan sedikit. Apabila bekalan susu mulai banyak, anda akan mendengar
bunyi bayi menelan yang jelas. Aktiviti menyusukan bayi setiap payudara
mengambil masa 5 hingga 10 minit.

6. Tidak banyak susu meleleh dari hujung mulut bayi
Bayi menelan susu

7. Tiada bunyi klik atau Chupp kedengaran
Bunyi ini akan kedengaran sekiranya, kedudukan lidah bayi tidak betul dan cara
bayi menyusu tidak betul

8. Tiada bentuk melengkung pada pipi bayi ketika menyusu
Bentuk melengkung (seakan lesung pipit) menandakan bayi tidak melekap dengan
betul pada payudara dan cara menghisapnya terhenti ketika dia menggerakkan
gusi dan lidahnya. Jika berlaku sedemikian, biarkan bayi melepaskan puting
anda dan perbetulkan kembali cara menyusukan bayi.


Terima kasih kerana membaca entry ini.

Jom dapatkan HARGA PROMOSI bersama saya Pengedar Sah Shaklee :
■ Yusmerryza Binti Mohd Nazri
■ Whatsapp/SMS : 0125053682
■ Perunding Vitamin Shaklee secara Percuma & Penerangan pengambilan serta pemakanan Vitamin Shaklee dengan cara yang betul.
■ Walk in dimana-mana Branch / HQ Shaklee diseluruh Malaysia dengan menggunakan ID No. 969995 untuk membeli Vitamin Shaklee / mendaftar sebagai ahli Shaklee.

No comments: