Wednesday 7 May 2014

Tip KURUS sambil MENYUSUKAN ANAK !!!

Tips-tips untuk yang hendak kuruskan badan semasa menyusukan anak :

1) Jangan skip meal, kerana berpotensi untuk terlebih makan jika tahan lapar.
C
2) Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

3) Jangan timbang berat setiap hari kerana perubahan mungkin tidak segera dalam masa yang singkat, jadi elakkan timbang setiap hari untuk elakkan perasaan kecewa jika berat tidak turun secepat yang dikehendaki.

4) Ambil sarapan kerana sarapan pagi akan menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisma juga akan meningkat untuk membakar kalori yang berlebihan.

5) Makan dengan bijak. Makan berkualiti bukan kuantiti. Kunci utama ibu berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun adalah ibu perlu menjaga kesihatan tubuh badan. Cuba lebihkan makanan yang berfiber, protein tinggi. Kurangkan pengambilan makanan berminyak dan terlalu manis. Ambil lebih buah-buahan dan sayur-sayuran. Pilihlah ikan dan kurangkan ayam dan daging. Kurangkan mengambil nasi dan ambillah vitamin-vitamin untuk memastikan kualiti nutrisi seharian.

6) Makan lebih kerap. Makan setiap 2-3 jam sepanjang hari dan bukannya hanya 3 kali sehari. Ini akan memastikan metabolisma badan anda aktif, mengelakkan terlebih makan kerana lapar dan dahaga. Tukarlah kepada cara pemakanan yang baru dan sihat.

7) Pastikan anda cukup tidur. Tidur itu penting untuk memastikan anda fokus dan beremosi baik dan seterusnya dapat mengawal gayapemakanan anda.Cuba untuk tidur sementara bayi anda tidur.

8) Harus diingatkan proses menurunkan badan ini memerlukankomitmen sebab berat akan turun secara beransur-ansur.  

9) Bersenamlah selalu. Bersenam akan mengelakkan kita daripada sakit-sakit badan yang lain dan ‘kesan sampingan’nya akan berat kita akan berkurangan.

Jom dapatkan Produk Shaklee bersama saya : ■ Jom singgah kedai blog saya : http://healthybeautyonlineshops.blogspot.com ■Fb : Yusmerryza Mohd Nazri ■ Whatsapp/SMS : 0125053682 ■ Pengedar sah & Perunding Vitamin Shaklee ID No. 969995.


Jom dapatkan Produk Shaklee bersama saya : ■ Jom singgah kedai blog saya : http://healthybeautyonlineshops.blogspot.com ■Fb : Yusmerryza Mohd Nazri ■ Whatsapp/SMS : 0125053682 ■ Pengedar sah & Perunding Vitamin Shaklee ID No. 969995.

No comments: