Friday 30 May 2014

Shaklee HALAL ke???

Assalamualaikum,,Bagaimana dengan supplemen Shaklee? Adakah semua produk Shaklee adalah halal? Harap saudara Abd Rahman dpt membantuTerima kasihAinul- Amar DhiyaSoalan 2:Assalamualaikum,Saya ingin bertanya kpada En. Rahman tentang produk “Shaklee” iaitu“Advanced Joint Health Tablet dan Ostematrik”.Adakah produk ini halal dan sah dari jakim?Terima kasihCikgu Umi Kalsom.———————————————————————’JAWAPAN:Wa alaikum salam.Terima kasih atas soalan Puan Ainul dan Cikgu Umi Kalsom.Saya ada menerima beberapa email bertanyakan tentang status halal haram dan bahan-bahan yang meragukan di dalam Produk Kesihatan Shaklee terutamanyaProduk Soy Lecithin – Dietary Supplement.Isu Estrak Babi di dalam Produk Shaklee mula timbul apabila Tuan Mohd Hadihaizil menulis dalam blog beliau tentang sumber gelatin di dalam Produk Soy Lecithin yang disyaki menggunakan gelatin daripada campuran lembu dan babi.Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan berterima kasihdi atas keprihatinan Tuan Mohd Hadihaizil tentang status halal haram produk kesihatan yang diambil oleh ahli keluarga beliau.Di atas keprihatinan dan untuk mendapatkan kepastian,beliau telah menghantar email kepada Shaklee Kanada pada 22 Februari 2011untuk mendapatkan kepastian dan penerangan.Hasilnya, pada 26 Februari 2011 pihak Shaklee Kanada membalas emailbeliau dan menjelaskan bahawa:“Untuk Produk Lecithin di Pasaran Amerika Syarikat. Gelatin yang digunakan dalam Kapsul Soy Lecithin mungkin menggunakan campurangelatin babi dan lembu. Dalam kata lain, Kapsul Soy-Lecithin tidak dijamin bebas kandungan babi”.Untuk memastikan kebenaran penjelasan ini, beberapa orang pengedar produk Shaklee telah menghubungi Syarikat ShakleeMalaysia dan menjelaskan produk Shaklee untuk pasaran Malaysia dihasilkan di kilang yang lain dan turut mempunyai persijilan halal daripada Islamic Services of America (ISA).Hasil carian maklumat saya di portal Biro Pengawalan FarmaseutikalKebangsaan (BPFK).Produk Lecithin Shaklee yang didaftarkan pada tahun 1995dihasilkan di kilang Syarikat Shaklee di Norman, Amerika Syarikat.Produk Lecithin Shaklee yang terbaru pula didaftarkan pada 2012 dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville . Kilang yang sama mengeluarkanproduk-produk kesihatan lain seperti Produk GNC dan USANA yang mempunyai persijilan Halal daripada IFANCA (Islamic Food And Nutritional Council of America).Produk Osteomatrix Caplet Shaklee yang didaftarkan di Malaysia pada tahun 2007 juga dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing, Greenville, Amerika Syarikat.Pada awal Januari 2013 pula, Puan Imatulizah telah menghantar pertanyaanmelalui email kepada Islamic Services of America (ISA) untukmengesahkan kesahihan Sijil Halal Produk Shaklee.Koordinator Perkhidmatan Halal, ISA mengesahkan Sijil HalalProduk Shaklee adalah sah dan menjamin Shaklee akan terusmengeluarkan produk-produk yang dijamin halal termasuklahProduk Lecithin, Omega dan Vitamin E.Memang sebelum ini Shaklee menggunakan kapsul daripada pembekaldi Kanada. Tetapi pada masa sekarang, Shaklee telah menggunakanpengilang baru yang mempunyai persijilan halal sedia ada untukproduk Shaklee pasaran Malaysia.ISA dan IFANCA merupakan badan persijilan Halal Luar Negara yangdiiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM.Oleh itu, tiada keraguan ataupun was-was bagi pengguna Muslim untukmengamalkan Produk Suplemen Kesihatan jenama Shaklee yang terdapat di pasaran Malaysia.P/S : Saya bukan pengamal produk shaklee, bukan penjual, bukan pengedar dan tidak mempunyai kepentingan berkaitan produk Shaklee.Jawapan ini sekadar menjawap persoalan-persoalan yang dihantarkanoleh pembaca-pembaca buku tulisan saya bertajuk “Halalkah Ubat Anda?”.Buku “Halalkah Ubat Anda?” mendedahkan lebih 90 jenis ubat-ubatan yangmengandungi unsur daripada babi. Untuk dapatkan maklumat lanjut sila layari www.halalscience.com Status Halal Shaklee

Kebelakangan ini timbul semula isu halal-haramnya produk Shaklee.Di bawah ini adalah sijil halal Shaklee yang dikeluarkan oleh Islamic Service of America (ISA) untuk produk2 Shaklee.ISA adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM. Senarai penuh badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh tengok di website My Halal (KLIK SINI).Produk yang dipasarkan di Malaysia adalah tersenarai dalam sijil tersebut termasuk yang menggunakan bovine gelatin iaitu Lecithin, OmegaGuard dan Vita-E complex. (Tidak semua produk Shaklee ada dalam pasaran Malaysia)Saya amat memuji tindakan beberapa pengguna termasuk distributor Shaklee sendiri yang mengambil langkah dengan memastikan produk yang diambil benar-benar halal. Maklumlah di zaman sekarang ni terlalu banyak perkara yang bercampur-baur antara halal dan haram. Bukan saja dari segi pemakanan malah dari sudut lain seperti pergaulan, kebebasan, pencarian rezeki dan sebagainya. Yang pasti, ia bermula dari punca rezeki dan apa yang kita masukkan ke mulut.Daging yang tumbuh dari sumber yang tidak halal (sama ada makan makanan yang tidak halal tanpa keadaan darurat atau punca pencarian yang tidak halal) adalah bahan bakar api neraka. Mungkin tak perlu tunggu api neraka kerana di atas dunia kita sudah merasai bahana dari benda2 yang tidak halal, misalnya doa tidak dimakbulkan, kehidupan yang resah gelisah, hati yang keras dan sebagainya.Namun adakalanya perkara sebegini menjadi bahan sabotaj tanpa kita sedar. Maklum saja, orang kita biasa dengan JAKIM sedangkan ada banyak lagi badan pengeluar sijil halal, yang mengeluarkan status halal termasuk untuk produk2 tempatan. Antara badan pengeluar sijil halal di Asia Tenggara (yang digunapakai di Malaysia) selain JAKIM ialah Islamic Food Research Centre (IFRC) Asia dan Halal Food Council (HFC) South East Asia. Malah satu mesyuarat telah diadakan antara pengeluar sijil halal agar sijil halal ni tak dimonopoli oleh JAKIM saja. Tapi kalau nak kira untuk marketing dalam negara, yang ada sijil halal JAKIMlah yang laku sebab orang ramai lebih percaya pada sijil keluaran JAKIMSetiap badan yang mengeluarkan sijil halal mempunyai prosedur yang ketat sebelum mereke mengeluarkan sijil halal kepada sesuatu produk. Mengikut pembacaan saya, status halal di Kanada & USA adalah yang paling sukar untuk dapat pelepasan. Jadi bila Shaklee mendapat sijil halal dari ISA, sepatutnya tiada isu, bukanMemiliki sijil halal ni bukan perkara main-main, kerana pengeluar sijil akan sentiasa memantau dan mereka boleh menarik balik bila2 masa sekiranya pengilang produk tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.Sebagai penutup, produk2 dalam pasaran Malaysia terdapat dalam senarai dalam sijil di atas. Sekiranya anda mendapatkan produk Shaklee dari pasaran Malaysia, anda tak perlu ragu-ragu.Kepada pengguna Shaklee, dan kepada yang mahu mencuba dan menikmati kebaikan Shaklee, gunakannya tanpa was-was. Selamat menjalani kehidupan yang lebih sihat!Jika ada sebarang pertanyaan tentang status halal Shaklee, anda boleh salurkan kepada Shaklee Malaysia dengan menghubungi contact di www.shaklee.com.my

No comments: